[My Old Blog]
[My Photo Album]
[Corner of My Life]
[Konspirasi Radz]
[Homesick Boy]
[Hilang Punca]
[Sinaganaga]
[Reformasi]
[Tokrimau]
[Abdullah Jones]
[Cerita Lucu]
[Jongkang Jongket]
[Blue Hikari]

 
 
 

 
 
 
   
Friday, May 29, 2009
     

VADS @ Cygal

Lama gua tak jenguk blog ni. 2 Bulan sudah. Macam² dah berubah. Minggu ni minggu last gua kerja dengan VADS. Lagi sebulan nak genap 3 tahun gua berbakti. Last 30 hari ni gua kena pindah ke ofis sementara di bangunan Cygal dekat Menara rebung TM. Lebih kurang 60 orang staf kena pindah sekejap sebab pc byk nak kena setting kat main office di Plaza VADS TTDI. Semua happy dok sini. Mau tidaknya, tak payah nak mengadap muka Operation Manager dan orang² gila kuasa di HQ. Plaza VADS tak ubah macam Simpang Renggam. Mana boleh nak melantak McDolah di meja kalau di Plaza VADS. Suasana agak bebas di Cygal. Semua berat hati nak balik ke Plaza VADS balik.

Gua pun berat hati nak berhenti. Bukan sebab sayang kerja ni tapi sayang gua nak tinggal member-member semua. Great colleague, Good Company but Shitty Management. Bawah ni mungkin koleksi terakhir foto-foto VADS.


Sarah...




Azrina




Syikin & Carol. Pasangan burung belatuk di VADS. Mmg tak boleh dok diam mulut dia org.




Team leader gua. The best among 4 yg pernah jadi TL gua. Mmg kepala cool.


Time weekend.




Shereen

Full Album


Posted by VIRTUALMETAL at
4:19 AM
 
 
   
Thursday, April 2, 2009
     

Best Student

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Gua dulu pun cemerlang jugak sekolahnya. Sekolah rendah dulu cikgu² mana ada respek sama gua time tu. Cikgu sibuk mengajar gua sibuk gunting sticker street fighter bawah meja. Mana gua reti apa maksud cita² time tuh. Darjah 1 sampai habis spm gua sekelas dgn abg gua. Sama umur tp mak lain². Tiap kali cikgu baru masuk penat kami nak explain kenapa bin sama tapi lahir bulan lain². Stress jugak bila ada competitor sekelas ni. Asyik kena compare je result exam gua dgn brader gua nih. Brader gua agak skema tata rakyat compare ngan gua.

Darjah 6 time nak UPSR dulu haram gua tak masuk list 10 pelajar harapan nih. Tak perlu gua pikir bab² exam ni. Yang gua tau abis sekolah gua nak balik main perang². Kepala gua pun rasanya dah shock proof dok kena sekeh ngan ustaz gua dlm kelas.

Ntah mcm mana bila result keluar gua dpt full 4A beb. Tp pelik jugak sbb takde pulak keluar muka gua dlm paper. Brader gua bleh 3A. Adik dia jugak perfom last minute. Hero mana study awal². Pecut last minute. 10 org dpt 4A kat sekolah gua time tu. Nama² 10 org ni jugak naik time perhimpunan akhir tahun tuh. Nak bagi hadiah katanya. Gua dah terbayang basikal BMX kurang² time tuh. Tak pun percutian 3 hari 2 malam kat Disneyland.

Tiba sudah turn gua naik ke pentas. Gua terima satu bekas berbalut yg tak brp besar sgt. Gua agak suspen nak bukak time tuh. Gua simpan bawak balik rumah baru surprise. Pelan² dan penuh suspen gua koyak bungkusannya. Jeng jeng jeng... Gua dpt bekas air. Gua ingat harga pasaran semasa ikut rate pasar malam boleh dpt dlm RM 3 bekas air tuh. Punah harapan gua nak kayuh basikal baru.


Shot kat Trip ke Melaka ngan budak² ofis gua bulan 2 hari tu.
Klik utk full album.

Posted by VIRTUALMETAL at
1:11 AM
 
 
   
Tuesday, March 10, 2009
     

Fakta Menarik

Gua takde apa nak cerita malam nih. So ini fakta dibawah adalah utk ilmu tambahan pembaca-pembaca sekalian...

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku...


Gambar ni gua shoot time Moto GP 2008. Pengunjung biasa tapi sporting habis. Posing mcm model. Nice...

Posted by VIRTUALMETAL at
11:57 PM
 
 
   
Sunday, March 8, 2009
     

Putrajaya Tol

Malam tu ada gath budak² ofis kat Nailis Sentul, hari last Azrin keje di VADS sebelum pegi keje kat Labuan. Lepak jam 12 mlm sampai dkt 3 pagi. Dah abis mentekedarah kami konvoi ramai² ke LCCT. 4 bijik kete semua sekali. Gua naik dgn Mat Nor je. Sampailah di Tol Putrajaya menuju ke KLIA...

"Kalau kita langgar tol ni ko agak² apa jadi yer?" Tanya gua pada Mat Nor sebab gua mmg tak tahu.

Elok² lepas gua tanya sedar² tol dah ada kat belakang. Mat Nor dgn selamba badak tak berhenti. Tol ni pulak kena ambik tiket.

"Apahal lu tak berhenti?" tanya gua.
"La... tadi lu jugak suruh gua pergi terus." Balas Mat Nor.
"Gua ckp kalau... gua ulang balik kalau kita tak berhenti!!! Masuk lokap lah kita malam ni Mat Nor." Tambah aku lagi.
"Betul ke ni beb? Gua igt tol ni free je." Mat Nor dah mula risau. Kami teruskan aje sampai tol yg nak kena bayar.
"Nak langgar lagi ke tol ni?" Mat Nor tanya gua.
"Nak langgar apa jadahnya. Lu tak nampak palang besi dpn tu? Kita ni naik Proton Iswara, bukan kereta kebal!!!". Gua balas.

Kami berhenti jugak menyerah diri kat tol tu. Terus terang bagi tau brader tu kami tak ambik tiket. Terus dia roger tol lagi satu guna intercom. Nasib baik RM 3.80. Kalau pakai smart tag maunya sampai RM 50 kena potong.


Mat Nor duduk di tengah².


Nailis Sentul.


Di LCCT.

Posted by VIRTUALMETAL at
2:38 AM
 
 
   
Monday, February 23, 2009
     

Rutin hari²

Keje gua skrg ni hari² kena mencarut. Hari² tambah dosa gua ingat.

"Thank You For Calling TM". Kata aku mcm biasa hari.

"Saya tak dpt konek hari ni". Balas customer di talian sana.

"Sejak bila puan tak dpt konek?". Tanya aku dengan penuh curiga.

"Minggu lepas lagi sejak husband sy outstation". Reply customer tuh

"Cuba puan tekan konek skrg tgk dpt tak?". Kata aku lagi.

"Saya tak reti nak konek. Saya tak reti sgt benda ni". Kata si pemanggil.

"Kalau mcm tuh boleh tak minta husband puan tekan konek bila dia balik nanti, tgk
dpt tak konek nanti". Aku balas lagi.

"Ok ok saya mintak nanti. Mintak² dpt konek bila dia balik nanti". Katanya lagi.

"Ada apa lagi boleh saya bantu?" Tanya aku menutup bicara.

"Kalau awk boleh dtg rumah saya tolong ajar saya tekan konek ok jugak tuh". Balas customer dengan harapan...


Posted by VIRTUALMETAL at
11:27 PM
 
 
   
Thursday, February 5, 2009
     

Sabar Je la

"Terima kasih kerana menghubungi TM, Afendi bercakap ada apa bleh sy bantu?" Kata aku dgn penuh semangat waja pagi tu.

"Saya ada masalah tenet" Balas customer tu.

"Boleh saya tahu Windows apa encik pakai?" Tanya aku lagi

"Saya pakai Windows Samsung." Jawab pemanggil dgn penuh yakin

"Bill Gate tak penah join venture dgn Samsung encik." Jawab aku sambil hantuk kepala di monitor... sabar je lah.



Posted by VIRTUALMETAL at
9:40 PM
 
 
   
Sunday, January 25, 2009
     

Bukit Merah Trip


Bulan 12 hari tu jam 3 pagi gua terima sms dari Azrin budak satu ofis dgn gua ajak pegi Bukit Merah. Pagi² jam 9 dah kena bangun jumpa dia org. Ntah masuk ke hantu apa dia org gua tak tau. Tiba2 last minute ajak pegi Perak. Mcm biasa lah janji jam 9, kul 10 baru sampai, Yg ikut hari tu pun satu kete saje. Gua, Azrin, Yatie dgn Fairuz. Jam 11 pagi baru ready semua nak gerak.


Takde sorang pun dlm kete tu yg tahu mana Bukit Merah ni. Jam 2 petang baru sampai sana. Gua igt 2 jam saje Bukit Merah ni. Lagi 100km nak sampai P. Pinang. Apa gila dia org buat plan makan angin last minute nih. Nasib baik sampai je tempat ni.

Ada 3 tempat korang boleh pegi kat sini. Bukit Merah theme park, Eco Park dan Org Utan Park. Kalau korang ada sedara mara spesis org utan bolehlah pegi masuk ke Orang Utan park tu. Oleh sebab sampai pun dah nak petang kami masuk theme park dgn Eco park je lah. RM 36 sorang utk 2 park ni. Org utan tu tunggu raya la kita org dtg melawat nanti.



Apa lagi, lepas Eco Park tentu sekali agenda utama kami pegi main air kat theme park. Tapi memang agak hampes sebab air paras pinggang saje. Tak cukup puas. Tempat ni takde la besar sgt pun. Awek berbikini? Takyah nak mimpi aku rasa. Sorang pun takde. Punah harapan gua nak ambik gambar awek seksi kali ni.

Malas dah gua nak cerita. Bukan gua dpt duit pun. Korang pegi la sendiri. Kalau tak dpt bawak awek pun korang bawak lah mak sedara korang dtg. Chow...


Sebelum kami dtg mamat ni muka sedih mcm kena tinggal bini. Sekali hulur roti...huh mmg buruk perangai.


Azrin dgn kawan lama, En. Gibbon.

-=Bukit Merah Lake Town Resort Full Album=-



Posted by VIRTUALMETAL at
12:39 AM
 
 
   
Friday, January 9, 2009
     

Kami Anti Rasuah

Dah lama gua tak balik kampung. Last balik pun raya puasa hujung bulan 9 hari tu. Malam ni gua bertolak balik dgn member gua Akmal. Gua dah keje straight 5 hari dgn tido tak sampai 5 jam sehari. Penat gila dah gua nak drive malam nih. Kebetulan member gua nak ikut balik boleh jugak tukar² driver. Tapi masalahnya si Akmal ni takde lesen. Dah 3-4 tahun dok apply tak dpt² jugak. Sendiri jugak yg malas pegi kelas.

Gua drive mlm tu sampai Gombak. Pastu tukar pulak bagi Akmal bwk. Bahaya bawak kete letih² ni. Betul² lepas kami bayar tol dkt Karak tu berderet kereta kaler biru tepi jalan dgn kon² warna oren tgh jalan. Aiseh JPJ buat roadblock. 7-8 bijik kete dtg pulak tuh. Ramai gila. Tak sempat lagi nak tukar driver. Dah dkt sgt. Gua suruh je member gua redah je. Sampai dkt roadblock tu dia org tak tahan tapi dia org angkat kon² tu masuk dlm keta. Mungkin sebab nak hujan. Fuuuh selamat beb.

Akmal drive sampai atas Raub. Sekali lagik ada roadblock. Tapi kali ni sempat berhenti tukar driver. Road block kali ni bukan kat tmpt biasa. Mmg tak budget road block kat sini. Masa nak start keta balik ada polis peronda pulak lalu tepi. Gua drive saje dgn muka mamai². Tapi kali ni kena tahan dok tepi. Dua² kena mintak IC.

"Sape yg bawak kete tadik?" Tanya encik polis dgn muka bengis mcm org bugis.

"Saya bawak cik." Aku balas dgn penuh konpiden.

"Gentleman lah. Mengaku je sape bawak tadik. Aku bukan nak saman pun." Tambah dia lagi.

"Yer lah yer lah cik. Dia bwk tadik. Bukan saya." Aku mengaku jugak last².

Lepas tu dia ckp kat walkie talkie dlm kete dia org. Kilo papa kilo papa apa ntah aku tak tau. Tapi gitu la bunyinya. Lepas tulis mana patut dia suruh kami blah. Fuuhh selamat lagik. Gua sambung drive sampai Gua Musang. Kali ni kita org bantai tido kejap. 4 jam 30 minit baru sedar balik. Gua drive lagik sampai sampai lepas Kuala Krai. Lagi 50km dgn Kota Bharu. Dah kira dkt dah tuh. Aku suruh lagik si Akmal bawak. Time tuh dah kul 12 tgh hari matahari terik atas kepala.

"Ni kalau ada road block tengah² panas mmg gila lah polis ni." Kata aku dgn penuh yakin kali ni.

Tak sampai 2km drive ada lagi polis kat dpn sana. Tapi kali ni lagi jauh. Kami tukar driver lagi. Tapi malang lagi. Kena tahan jugak. Kat belakang kita org mmg ada lagi polis tgh tgk. Disuruh nya kami berhenti dan turun dari kete. Suruh kami pegi dkt sorang lagi polis dgn kerusi meja kat warung dah tutup tepi jalan tuh.

"Kamu dan kamu sorang kena RM 300. Sorang takde lesen, sorang ada tapi benarkan si takde lesen ni bawak kete". Kata polis tak beruniform tu lagik. Sarjan dia org kot.

"Kira saman murah² la cik. Saman lampu brek tak nyala ke" Aku menyampuk minta diskaun.

"Hah gini lah senang. Nak tolong punya pasal bagi aku 50 hinggit." Katanya lagik dgn terang dan jelas mintak duit kopi.

"Betul cik, dari saya bagi gomen duit saman baik saya bagi cik duit 50 hinggit." Kata aku yg menambah lagi semangat polis ni nak telan duit haram.

Gua hulur je lah 50 hinggit tu. Dari 12 mlm bertolak kul 1 ptg sampai. Lagi 50km nak sampai umah kena pulak tahan. Mmg celaka betul. Takpe lah. Dgn duit kopi tu bleh la si polis tu bagi anak bini makan ke apa.


PERINGATAN : Pastikan backup driver korang ada lesen.

Posted by VIRTUALMETAL at
10:18 PM
 
 
   
Tuesday, January 6, 2009
     

Bisnes Pertama Aku

Kecik² dulu time darjah 1 zaman kasut Pallas Jazz gua join venture dgn mak gua buat bisnes. Bisnes jual kacang dgn ikan bilis goreng. Sehari bawak 10 paket. Sepeket 20 sen. Boleh lah support belanja sekolah gua. Kami pun bukan org senang. Kalau tak habis gua je la telan kacang dgn ikan bilis tuh. Kejap je bisnes tu jalan. Mmg jauh sekali nak jadi jutawan kacang.

Masuk darjah 6 gua mula kenal tikam². Tak tau la apa korang panggil. Sape² yg sebaya gua mesti tau benda ni. Lu byr 10 sen lu dpt cabut 2 keping kertas ada nombor di board kertas besar tu. Kalau nasib baik nombor lu naik lu dpt la duit lg. Paling femes time tu tikam² cap dayak. Mmg ketagih beb. Satu hari tu gua rugi $2.50. Habis duit saving gua. Mmg frust gila mcm org kalah $50 ribu kat kasino genting. Gua menyesal gila. Tido tak lena, tangan dok atas dahi memikirkan masa depan gua yg gelap time tu. Malam tu jugak gua tobat. Gua takmo dah main benda tu. Rugi jek.

Esoknya pagi² gua kayuh basikal bmx rim merah gua pegi kampung sebelah. Semalam mmg gua tekad tak nak main lagi. Betul mmg gua serius. Kali ni gua nak jadi tokey pulak. Gua beli sepapan benda alah tu utk test market. Harga $1.80. Gua jual dpn rumah. Tak sampai tengah hari habis sepapan gua jual. Ramai budak² kampung frust menonggeng kalah judi. Paling besar dia org menang pun singgit je. Tu pun gua dah cabut kertas singgit tu awal². So paling besar pun dia org untung 50 sen. Gua untung $7 sepapan beb. Mana mau cari bisnes lebih 300% untung ni. Esoknya gua beli lagi 2 papan. Mcm biasa, semua habis. Hari² gua dpt income lebih dari $10. Gua jadi org kaya baru time tu. Budak² kampung semua respek dengan harta yg gua ada. Mmg tak lama lepas start bisnes gua dah mula ada konco². Setakat nak belanja aiskrim pedel pop tu mmg sebelah mata saje. Awek² pun ramai dah mula pandang gua time tu. Gua pun dah lupa mcm mana bleh stop bisnes tu. Tu la dia bisnes pertama gua. Bisnes haram... haha.



Gambar ni gua ambik masa pegi trip langkawi hari tu. Boleh dilihat dgn terang betapa gejala seks bebas makin berleluasa skrg ni. Tepi jalan pun jadik. Mmg takde kesedaran sivik monyet² ni.

Posted by VIRTUALMETAL at
1:05 AM
 
 
   
Wednesday, December 24, 2008
     

Sebab Lu Operation Manager

Drebar surat khabar belum bangun pagi lu dah terpacak kat ofis,
Lu ni mmg tak reti² ke yg kami ni meluat tgk muka lu,
Gua tau rumah lu belakang ofis tu je,
Tapi gua ingat lagi baik lu tido je dlm bilik server tu lagi bagus,

Mat indon dah balik keje pun lu masih jugak kat ofis,
Ke hulu ke hilir mcm beruk kena belacan,
Staf² cakap you look like busy,
Gua ckp you look like babi,

Lu jalan sana sini lu cekak pinggang,
Apa lu ingat lu superman ke nak cekak² pinggang ni?
Lu ingat ada awek mau mengorat lu ke?
Gua ingat kalau bagi free, makcik cleaner tu pun x ingin sama lu,

Hari² kemeja biru lipat sampai lengan tu jugak lu pakai,
Apa lu dah takde baju lain ke nak pakai?
Apa lu nak bawak mati ke duit lu tu?
Tapi gua ingat lu pakai baju kurung lagi ngam,

Hanpon lu punya ringtone bukan main bingit,
Orang pekak pun bleh dengar gua rasa,
Lu pikir ringtone lu best kah?
Gua pakai ringtone power rangers pun x kepoh mcm lu,

Gua pun naik bosan dah citer pasal lu nih,
Esok pagi² gua kena masuk keje,
Nak kena tgk muka lu lagi,
Entah bila lu nak mampos yer?


Muka lu ngan muka dia ni gua ingat seiras lah.

Posted by VIRTUALMETAL at
11:57 PM
 
 
   
Friday, December 12, 2008
     

Tragedi Berdarah di Telefon Public

Dulu-dulu zaman sekolah gua dgn sepupu gua Yoe selalu keluar malam. Hari tu bulan puasa kami keluar malam mcm biasa lepas terawih. Aktiviti rutin tiap malam bergayut mcm beruk di public phone lah. Gua duduk tak jauh dari pondok tuh. Yoe bergayut dgn minah mana ntah. Kawasan tu agak gelap. Lampu jalan kena potong sbb tak bayar bil kot. Tak lama lepas tu ada sorang awek dtg nak guna phone. Tunggu dkt dgn Yoe. Lepas tu dari jauh aku nampak sorang pakcik berkain pelikat jalan lagak pendekar menyusur jalan. Lepas tu tiba² kedengaran bunyi priappp priapppp priappp...

Sila terjemah kepada loghat kelate utk lebih kick storynya...
Yoe : "Adeh, adeh sakit oit"
Pakcik tu : "Bulan puasa ni ko nak buat maksiat jugak ke? Anak sape ko bawak ni?" katanya sambil tangan melibas batang kayu sebesar penyapu.
Yoe : "Mana tau bukan kita kenal dia"

Pakcik tu sambung lagi menghayun tangan dia. Budak pompuan tu pun kena jugak. Melompat-lompat minah tu. Gua tak kena. Maybe sebab gua ni gelap dan dok tempat gelap. Gua jadi halimunan barangkali. Dah tak tertahan Yoe menahan aura kebengongan pakcik tu, kami pecut basikal sambil wikang blah dari sana....

Posted by VIRTUALMETAL at
1:26 AM
 
 
   
Friday, December 5, 2008
     

Young and Dangerous

28 April 2001, cerita 7 tahun lepas zaman aku masih lagi kutu kampung, Aku, Adi dgn sepupu aku Yoe keluar melepak dpn kelas tuisyen dkt kampung kita org. Keluar dgn van vennette V12 supercharge turbo Adi. Lepak tengok awek² balik tuisyen, rutin biasa kami malam². Ada pulak budak bertumbuk malam tuh. Sorang lawan satu batalion. Teruk kena hempuk dgn batang besi dan helmet. Kami tgk aje sbb tukang belasahnya member sendiri jugak.

Lepas tgk gusti free tepi jln kami pegi pulak cybercafe. Adi dok pc dpn sekali dkt pintu layan chatting. Aku dgn Yoe belakang sekali dok kaji website porno. Tiba² dengar Adi menjerit. Adi kena belasah dlm tuh. Aku dgn Yoe pegi cover. Tlg angkat mamat tuh. 3-4 org jugak yg masuk dlm. Brader jaga cc sekadar tgk saje. Yg dtg menyerang dah berumur. Lagi tua dari kita org. Dia org dtg serang kami sbb igt kami yg belasah adik dia org tadi. Aku dgn Yoe hanya boleh cover saje. Mau tak nya, batang besi kat tgn. Nasib baik ada pakcik hero ntah dari mana tolong halau dgn parang. Bahu Adi takleh gerak kena batang besi tadi. Balik bawak van pun sepupu aku yg tolong tukar gear. Kami tukang tgk ni pulak yg kena. Celakak.

Kami sebagai hero kampung esok nya pusing bandar cari budak semalam. 2-3 hari jugak cari tak jumpa. Last² kami buat janji tmpt sama dpn tuisyen tuh. Malam tu kami nak fight balik. Kami import sorang lagi geng. Btg besi, kayu dan mesin gun mmg dah disediakan awal². Semangat kami kuat hari ni. Jiwa kental mcm Ramboo. Kami dah nekad, kalau ada 7-8 org mmg kami hentam saje. Sampai tempat dituju kami tgk food court dpn tuisyen tuh penuh dgn geng kete. Kedai makan sebelah penuh dgn mat motor. Ada yg duduk atas helmet sbb kerusi tak cukup. Kami dgn pantas buat U-turn. Balik umah tido lagi best. Buat apa cari penyakit lawan satu kampung. Korang ada berani? Kami tak berani... sekian.


Sepantas kilat: Anis dah kawin raya ketiga hari tuh. Agak² ada can lagi tak aku nak ngorat balik? Terima kasih buat Syahril atas MMS yg menyakitkan hati gua nih.

Posted by VIRTUALMETAL at
11:15 PM
 
 
   
Thursday, December 4, 2008
     

Best In The World

Aku : Thank you for calling TM, Afendi speaking how can i assist you? (ayat lazim hari²)

Customer : I have slow connection problem. Bla bla bla pot pet pet

Aku : Pot pet pot pet bla bla bla

Customer : Have you had your lunch?

Aku : Not yet sir. After my shift end at 11pm

Customer
: What a job you have eh? Have to listen to all idiot in this country. so how is the job?

Aku : The best in the world sir.

Customer : Hahahaha wakakakakaa kohkohkoh (gelak tak ingat dunia)

Aku : Bedebah betul. Tak best ke keje aku nih? (dlm hati)

Posted by VIRTUALMETAL at
2:13 AM
 
 
   
Tuesday, December 2, 2008
     

Wa Kena Beb!

Pada suatu pagi yg indah ntah bila aku pun sudah lupa. Maka bersiap-siaplah aku utk berangkat ke ofis. Ku pakai smart² dengan kemeja lengan panjang Padini, berseluar slack Guys Creative satu set dengan tali pinggangnya sekali, spender aku tak ingat apa brand dan tak lupa kasut kulit zaman glam rock ala² Skid Row dulu. Fuhh mmg dress all out aku ingat. Lepas agak yakin dengan tahap kesmartan aku, dengan rilek aku turun bawah start superbike ex5 aku. Banyak jasa motor nih biarpun rupanya tak seberapa dan cover set kaler campur² tapi rimnya aloi merah satu set masih mampu memikat awek² cun tak ingat punya.

Bila dah agak panas enjinnya aku pulas tombol minyak bak Rossi dengan motornya. Laluan biasa aku tempuh. Masuk Federal Highway lepas tu Kerinchi Link. Lepas aje Kerinchi Link superbike aku semput semacam. Tiba² mati tengah² jalan. Aku tendang lagi starternya. Nasib baik hidup. Sampai depan Phileo Damansara mati lagi. Kali ni aku start dah tak hidup lagi. Terpaksa aku tolak naik flyover dpn Phileo tuh. Matahari dah nak terik di kepala. Tadi pakai smart² tapi sekarang tolak motor. Apa cerita?

Aku berhenti sekejap dkt stesen minyak Caltex. Aku bukak plug. Cuba test mana patut. Plug OK lagi. Aku tendang² lagi starternya. Mmg confirm dah tak boleh. Aku tolak aje sampai ofis. Sejam setengah lambat masuk keje. Habis waktu keje minta Huddin tolong tengokkan. Si Huddin minta aku check minyak tapi aku cakap semalam aku dah isi penuh. Tapi last² aku check jugak. Tangki minyak aku kosong. Hah apa cerita? Fikir punya fikir secara kesimpulannya lepas bayar di kaunter aku terus start motor balik. Free² sedekah kat stesen minyak tuh 5 hinggit. Apa aku pikir time tu tak tau lah. Skrg lu tolak la motor sendiri. Mmg wa kena beb...

Posted by VIRTUALMETAL at
5:07 AM
 
 
   
Monday, December 1, 2008
     

Aku Kembali Lagi

Lama gila aku tak update benda alah nih.. Sakit hati dgn design lama. Nak ubah design nak kena ada mood. Kali ni aku ubah design sikit design blog nih. Takde ubah apa sgt pun. Kasi lebar sikit. Kasi lebar pun mau 2 hari jugak. Habis table berterabur. Aku bukan terer sgt coding2 nih. Sape la kat muka bumi ni yg pakai 800x600 lagi. Ada ke? Aku ingat mat indon kait kelapa sawit pun minimum pakai 1024x769 resolution. Anyway aku kembali lagi. Buat masa ni lah...

Posted by VIRTUALMETAL at
3:34 AM
 
 
   
Thursday, November 1, 2007
     

Lawak 1

NASA and Their Pen

When NASA first started sending up astronauts, they quickly discovered that ballpoint pens would not work in zero gravity. To combat the problem, NASA scientists spent a decade and $12 billion to develop a pen that writes in zero gravity, upside down, underwater, on almost any surface including glass and at temperatures ranging from below freezing to 300°C.
....The Russians used a pencil.

-------------------------------------------------------------------------------------

A Man and His Golf

A man and a friend are playing golf one day at their local golf course. One of the guys is about to chip onto the green when he sees a long funeral procession on the road next to the course. He stops in mid-swing, takes off his golf cap, closes his eyes, and bows down in prayer.
His friend says: “Wow, that is the most thoughtful and touching thing I have ever seen. You truly are a kind man.”
The man then replies: “Yeah, well we were married 35 years.”

Posted by VIRTUALMETAL at
8:40 PM
 
 
   
Saturday, September 22, 2007
     

Training

24 July 2006 jam 6 pagi aku dah bangun bersiap. Kiranya hari nih tarikh rasmi aku bergelar golongan rakyat jelata yang ada kerja. Aku bukan lagi kutu atau Mat Jenin Millenium. Dari rumah aku naik bas ke Stesen LRT Salak Selatan. 20 minit jugak lah aku tunggu LRT nih. Selang 5 minit satu LRT kalau waktu pagi tapi biasa lah time orang nak pegi keje nih memang selalu padat macam keretapi kat New Delhi. Nasib baik takde yg dok atas bumbung atau bergayut kat tingkap. Waktu pagi mmg waktu paling aku suka naik LRT nih. Bau-bau wangi semerbak awek² yang nak ke ofis nih mmg menyegarkan mata dan jiwa raga. Tak kira lah perfume beli di pasar malam sekali pun. Janji wangi. Dengan populasi yg ada dalam satu gerabak tuh kalau setakat tersentuh sana sini tuh biasalah. Aku ulangi sekali lagi “tersentuh” yang membawa maksud bukan dengan niat atau tidak sengaja walaupun sekali sekala mmg tersengaja. Dari stesen Salak Selatan aku turun pulak kat stesen Plaza Rakyat. Tak tau kenapa tempat ni macam separuh siap. Dari situ jalan kaki sikit ke Kotaraya. Tunggu pulak bas di bawah cahaya matahari pagi tanpa tempat berteduh. Dekat sejam jugak lah menunggu bas kat situ. Dari situ pulak ambik masa 40 minit lagi utk sampai ke Plaza VADS. Itu pun terlambat sikit. Perjalanan dengan bas tadi tak sama aromanya dengan LRT. Jauh beza bau ketiak dengan minyak wangi nih.

Hari pertama training ni macam biasa lah. Rilek² sesi perkenalan diri je. Aku dengan si Faris je orang Kelantan dalam 30 orang intake nih. Training kali nih ambik masa 3 minggu. Belajar mengenai produk, teknikal dan jugak skill menahan telinga dari maki hamun customer yang bengang dan bangang. Ramai jugak member baru aku kenal kali nih. Macam² kaum dan genetik. Macam² kursus dia orang nih. Mmg tak sangkut paut pun ada. Ada jugak yang penah jadi pramugara dulu. Habis training 5.30 petang tuh. Naik bas lagi ke Kotaraya balik. Naik lagi LRT pulang ke rumah. Aroma awek² kali tak sama macam pagi tadi. Mungkin minyak wangi pasar malam dia orang dah habis kuasa saktinya. Semua orang nampak letih. Ada yang tido menganga. Ada yang tido sambil bergayut dan nampak bulu ketiaknya. Suasana petang tak sehebat waktu pagi. Jam 8 malam baru aku sampai rumah. Fuhhh… penat sungguh. Kalaulah aku ada helikopter...

Nota : dari 30 orang budak² batch 50 sekarang nih tinggal 5 orang je.


Dari Album VADS

Posted by VIRTUALMETAL at
1:30 AM
 
 
   
Wednesday, September 19, 2007
     

Dapat Jugak Keje

17hb July 2006, Tahun lepas la nih. 2 petang tuh aku ada interview kat VADS, Streamyx Call Centre. Ini dah kali ke 3 aku interview kat syarikat nih. Ramai calon kali nih. 4.30 petang tuh interview tamat. Lebih kurang jam 5 petang Kelly Services call bagi tau aku dapat job offer tuh. Tak sempat aku nak perabis sebatang rokok dia orang dah call. At last, setelah hampir 6 bulan aku jadi penganggur berhemah kat KL nih baru aku dapat keje yg boleh masuk kategori keje. Sebelum ni dah berpuluh interview aku pegi. Tiap² bulan kurang² 30 keping resume aku hantar. Penah jugak aku mintak keje basuh pinggan dekat Hotel Concorde dulu. Jalan kaki dari KLCC ke sana sampai nak tercabut kepala lutut tapi tak jugak dapatnya Ditanya pulak aku ada pengalaman ke tak basuh pinggan nih. Aduh... agak² korang skill basuh pinggan nih nak kena bertapa berapa lama? Aku cuma jawab “Pengalaman basuh pinggan tuh takde la sangat, pengalaman cari keje tuh berlambak lah”. Ada jugak aku mintak keje Bell Boy di hotel dekat area Ampang Park. 2 orang je nak pakai. Yang datang dekat seratus orang. Tuh pun bila dah campur² dengan jawatan kosong lain lah. Keje angkat beg pun susah nak dapat. Itu belum masuk syarikat broker kelentong lagi. Apa-apa hal pun minggu depan start training.

Macam mana aku boleh tak mati kebuluran di KL? Tenkiu bebanyak buat member² yg byk tolong support aku kat sini. Especially Adi yg sudi menaja aku hampir 2 ribu sebulan, bila dah dapat keje nih takde la aku menyusahkan ko lagi. Segan aku nak terima duit orang free² sebenarnya. Kalau tak ambik karang aku pulak tak makan, adik aku pulak tak boleh pegi tuisyen. Tak lupa jugak Syahril, Roy, Saifullah ngan Awe. Ada rezeki nanti aku pinjam lagi duit korang. Korang member kamcing aku sampai mati. Ada sepupu² baik punya rating jangan lupa tolong rekemen. Boleh kita jadi sedara nanti.

Posted by VIRTUALMETAL at
12:43 AM
 
 
   
Monday, September 17, 2007
     

Anis


20 May 2006 pagi tuh aku tunggu komuter dekat stesen Bank Negara, on the way nak ke rumah Adi kat Sungai Buloh. Hari ni nak kena follow mamat ni teman dia layan lap kat litar Sepang. Masa tengah kusyuk menunggu kura-kura komuter ni terserempak pulak dengan buah hati lama masa muda dulu. Sebesar-besar dunia ni boleh pulak jumpa kat sini. Kenal dia ni time aku matrikulasi tahun 1999 dulu. Umur aku baru 19 time nih. Nak jadi cerita, masa aku lepas spm dulu, aku jadi kutu sekejap. Selalu sangat keluar pegi bandar naik bas no. 60A melepak. Ada la budak ni yg aku selalu terserempak dgn aku atas bas. Comel jugak. Then lama aku tak nampak muka dia. Lepas aku masuk matrik terserempak pulak budak nih. Time tuh naik bas no 10 pulak sebab masa tu belajar kat KYPM Kota Bharu dekat Pantai Cahaya Bulan nun. Kerap sangat aku ulang alik terserempak ngan budak nih. Lama² bila dah dok cas karen je aku pun angau la jadinya. Balik hostel tido tangan atas dahi. 2 minggu turut-turut aku ponteng kelas petang pegi lepak stesen bas tunggu dia balik sekolah. Makcik kedai kopi pun dah naik jemu tgk aku minum 4-5 gelas sehari kat situ.

Dalam banyak kali jumpa tuh aku perasan jugak tahi lalat kat pipi dia nih kekadang jelas, kekadang tak berapa terang. Beg sekolah pulak kejap pakai yg katun Tweety, kejap beg hitam kosong. Pikir punya pikir, sampai bila aku nak jadi penunggu stesen bas nih, so aku tulis lah surat sekeping. Masa tuh email pun tak berapa femes lagi. Apa lagi handpon. Anak tokey balak je pakai time tuh. So satu hari tuh dengan bergetar kepala lututnya, gigi pun berpeluh, aku kuatkan jugak semangat bagi surat tuh kat dia nih. Takde la bagi kat tangan. Letak dekat beg sekolah dia pastu langkah seribu lah. Pepagi esoknya dia call aku, umpan dah mengena time tuh. aku ajak jumpa esok nya dekat bank BSN Kota Bharu. Tunggu punya tunggu datang lah dia dari arah belakang bank tuh. Aku dah senyum lebar. Tertengok pulak jalan belah kiri bank ada lagi sorang datang. Aku dah kompius, muka sama, tinggi sama, kulit pun lebih kurang. Yang mana satu dia? Atau adakah aku dah mabuk French fries yg aku telan kat McDolah tadi? At last dapat jugak aku cam, tu pun sebab dia tegur aku dulu. Anis nama dia. sorang lagi tuh kakak dia Amni. Bukan kembar, tapi beza setahun je. Baru tahu dalam masa aku dok tunggu kat stesen bas tuh yg tahi lalat jelas ni kakak dia rupanya. Mana aku tahu. Kordinat tahi lalat tu pun sama lokasi dia. Muka dua orang ni mmg sejibik sama kecuali tahi lalat dengan bulu kening je. Nak disedapkan lagi cerita, budak mula² yg aku naik bas nombor 60A tu pun orang lain. Jadi lah 3 orang muka seiras. Aku pun dah pening dah.

Lepas hari tuh start la aku berdating dengan budak nih. Biasa la zaman jiwa-jiwa remaja dulu. Mat rock pun layan jiwang jugak beb. Kalau tak Mail XPDC pun meninggal. 7 kali je aku sempat dating ngan dia nih. Lepas tuh aku kena cerai. Hukhukhuk. Tak sampai 6 bulan. Dari tahun 1999 sampai sekarang aku masih lagi teringat kat dia nih. Setahun sekali aku hantar birthday kad dengan kad raya. Nak call mmg dah tak berani sampai lah. 2 tahun lepas baru aku start call sekali sekala. Kurang² dia tahu aku ingat lagi kat dia. Nasib badan la melepas. Sampai sekarang aku menduda.

Nota : Honda 954RR si Adi tuh tergolek kat Sepang hari tuh. Bleh tgk gambar kat bawah nih. Seminggu lepas tuh si mamat ni rembat pulak Honda 1000RR, pergghh dekat 90 riban harga.

Sepang



Posted by VIRTUALMETAL at
4:30 AM
 
 
   
Sunday, September 16, 2007
     

ERL Interview

17 April 2006 10.30 pagi ada interview kat ERL (Express Rail Link) di KL Sentral. Company kete api yg ulang alik KLIA tuh lah. Sampai sana ada 14 org calon yg dijemput jugak lah. Seingat aku resume aku hantar tahun lepas bulan September baru sekarang dia panggil. 14 calon kali ni hebat² belaka. Pemegang degree² dan ijazah kehormat. Tak macam aku yg diploma cukup makan nih. Sesi pagi tuh kita orang buat test Math ngan BI je. Test lagi, naik cuak aku. Cuba la korang test main congkak ke, berenang kuak lentang atas lantai ke, ataupun lompat tali, kan menarik interview. Lepas waktu tengah hari tuh baru start interview ikut giliran. Tiba giliran aku masuk pulak. Ada 2 orang interview aku, Sorang nya vice president dan sorang lagi tuh manager. 30 minit jugak lah turn aku. Bila aku keluar je pesaing² aku ingat aku dah dapat keje. Keputusan tak keluar hari tuh, ini baru first interview. Second interview dia akan panggil nanti. Rasa macam nak mintak keje angkasawan negara la pulak.

Tepat seminggu lepas tuh lepas tuh aku dipanggil lagi untuk interview kedua. Kali ni dipanggil ikut kelapangan waktu orang yg interview tuh. Orang tuh pulak adalah CEO syarikat tuh. 30 minit jugak lah aku ditemu ramah dan kena kutuk sekali dlm bilik tuh. Keje ni start jam 4.30 pagi sampai 3 petang katanya dengan penuh berhemah dan tatatertib. Kalau aku datang lambat dia potong gaji, pakai tak kemas pun potong gaji, rambut panjang sikit mmg tak boleh, pendek kata semua yg boleh potong dia nak potong. Aku tanya dia berapa riban basic gaji, Encik CEO tuh cakap RM 800. Setelah dicongak-congak dan kiraan kalkulus dibuat dalam kepala aku, rasanya baik aku jual vcd haram ke ubat kuat ke, ataupun jadi bapak ayam. Lagi macho dan beretika. Korang nak tau apa keje aku mintak nih? Jual tiket kete api ataupun orang kampung aku panggil train ticketing officer. Keje yg tak perlu borak panjang dengan customer sbb mmg sehala je tempat tujunya. Dlm iklan dia dulu model² dlm tuh dressing maut segak bergaya macam James Bond. Dua minggu lepas tuh dia orang call bagi tau aku dah dapat keje tuh. Aku setuju je lah. Lepas tuh haram tak nampak muka. Bukan aku memilih keje, tapi problem nya kul 4.30 pagi tuh nak aku pegi keje dengan mender? Dengan gaji banyak tuh nak bayar duit teksi pun aku kena berhutang dengan along lagi. Baik aku dok rumah jadi mat jenin ada jugak faedahnya.


Posted by VIRTUALMETAL at
3:19 AM
 
 
   
Thursday, September 13, 2007
     

Interview Jugak

29 March 2006, 4 petang aku pegi Megan Avenue II kat area KLCC tuh. Ada interview utk grafik designer kali nih. Masuk je bilik meeting aku tengok ada 10 orang je calon dalam tuh. Mmg dijemput sahaja. Boleh tahan, macam meeting menteri² suasana dalam tuh. CEO dia sendiri yang brief pasal company tuh. Mat saleh dari mana ntah. Keje ni basic salary dia RM 2500. Dia dok citer pasal profile company je time tuh. Last² dia mintak semua buat satu design laman web dan submit esok. Balik berangan lagi la aku hari tuh. Mana aku ada internet nak submit design tuh. Takpe… keje lain banyak lagi. Rasanya la…


Posted by VIRTUALMETAL at
4:40 AM
 
 
   
Tuesday, September 11, 2007
     

Dony Celaka

16 March 2006 1.30 tengah hari aku jumpa adik kawan aku Dony kat LRT Pudu. Mamat ni kantoi belajar kat Medan. Then balik Malaysia belajar tahfiz kat KB pastu lari ke KL. Bapak dia ni doktor gigi, mak kandung dia pun doktor gigi tapi dah bercerai ngan bapak dia. Mak tiri dia sekarang pun doktor gigi jugak. Datuk dia pun doktor gigi. Abang dia ni best pren aku, pun tengah dok belajar nak jadi doktor gigi kat indon nun. So kalau aku nak MC bab sakit gigi ni mmg no problem. Sembang punya sembang kena pow pulak aku 50 hinggit. Cakap nak pinjam. Takde hal la tuh. Esok nya aku jumpa dia lagi, kali ni dia offer aku keje kat company dia keje. Gaji RM 1700 katanya. Keja buat mapping. Seminggu lepas tuh aku pegi ke Setiawang naik lrt untuk interview kat company dia sebut nih. Bila aku tanya orang kat ofis tuh, takde sorang pun kenal si Dony nih. Celaka kali empat belas. Kena kencing lagi aku. 50 hinggit aku pun lesap sekali. Sial mamat nih.

Lepas tuh baru aku tau member² dia pun ramai terkena. Skrip yg sama. Bukan takat member, bapak dia pun kena kencing sekali. Abis kredit kad kena bedal. Kawan dia kat indon nuh yang elok² nak beli motor pun bleh bagi duit kat mamat nih. Mmg ada bakat terpendam si celaka nih. 2-3 bulan lepas tuh aku pegi KFC kat Ampang Point ngan kawan aku. Time tengah beratur tuh nampak si Dony ni kat kaunter tuh. Keje KFC rupanya mamat nih. Bila sampai turn aku dah bleh tengok macam mana gelabah nya dia ambik order aku. Aku order snack plate then mintak duit aku balik time tuh jugak. So dia bagi aku belen lebih RM 50. Tak tau la dia bayar balik ke tak duit kat kaunter tuh. Lantak ah. Ingat nak call member datang pulun mamat nih sikit. Bapak dia pun dah bagi green light kalau aku nak belasah anak dia nih. Pikir punya pikir, biar je lah. Lain kali ada rezeki aku dapat jugak aku bagi penyiku nanti.


Posted by VIRTUALMETAL at
2:40 AM
 
 
   
Monday, September 10, 2007
     

Interview Lagi

10hb March 2006 10.30 pagi aku ada interview kat Wisma Cosway, Jln Raja Chulan. Agensi pekerjaan la kononnya.Masa melangkah masuk tuh aku tgk ofis pun macam² bleh pindah time tuh jugak. Awek yg interview aku kali nih.Yang aku pelik dia tak tanya pulak apa skill aku. Dok asyik tanya biodata je. Last² cakap kena bayar RM 150 bila dah confirm dpt keje. Dekat tengah hari aku jln kaki pulak ke Wisma Central dekat KLCC. Interview lagi kat sana. Lagi sekor agensi pekerjaan nak kena bayar jugak jumlah sama. Tapi awek yg interview kali ni lagi cun.


2 hari lepas tuh dua-dua company call aku cakap ada keje admin kat company construction dekat area KLCC. So nak mintak aku bayar kalau aku nak keje tuh. Mmg dpt rasa macam nak kena kencing je aku nih. Tapi biasa la aku ni jenis tak cuba tak tahu. So aku pilih company first aku interview tuh sbb dia cakap gaji lagi tinggi. So dengan bengapnya aku bayar RM 150. Then 2 hari lepas tuh dia orang call cakap tunda dulu sbb company tuh ada problem sikit. Pastu senyap terus. Aku call pun macam² alasan dah dia bagi. Celaka… aku kena kencing jugak. Kalau aku jumpa mana² minah 2 ekor ni mmg aku gangbang je nanti.


Posted by VIRTUALMETAL at
4:38 AM
 
 
   
Saturday, September 8, 2007
     

KL to Penang

16hb February 2006 jam 12.30 tengahari start driving ke Penang dgn Adi ngan kete Alpha Romeo 145 dia. 2.30 petang dah sampai sana. 2 jam je drive. Mmg bawak racing tak ingat. Itu pun kena speed trap dkt Perak. Tapi biasa la polis kita. Mmg ada 2 pilihan. Nak setel terus ke nak tulis si polis tuh tanya. Kalau tulis kena ngadap tuan hakim pulak. So kita orang bagi la RM 50 utk anak bini dia orang makan. Sebuah kete dah RM 50. Kalau hari tuh 50 buah kete dah RM 2500. Bahagi pulak dengan Sarjan dan geng2 dia orang dpt jugak bersih 2-3 ratus sorang tuh. Aku ingat dia orang ni boleh pegi haji sebulan sekali lah. Patut la polis Malaysia nih buncit² macam pompuan mengandung 7 bulan.

Petang tuh kita orang check in kat Grand Continental. Ambik satu bilik je. Lepas order makan receptionist call kat bilik mintak turun bayar lagi RM 14 sebab duit deposit tak cukup. Bilik dah beratus hinggit, RM 14 pun nak berkira. Makan tadi pun dah 60 hinggit. Mau tak mengamuk member. Penat² datang nak kena turun. So kita orang turun bawah, bayar semua, siap lebih lagi dekat seratus hinggit duit tip then blah pegi cari hotel lain sambil menyumpah seranah. Tak sampai 2 jam dok situ. Memang bengang ngan servis cibai macam nih. Kita orang check in pulak kat Grand Paradise. Servis OK, bilik pun cun. Malam tuh keluar jap jumpa geng2 motor then balik hotel. 12 malam tuh si Adi ni pulak teringat kat bini. Tak sampai 24 jam keluar dah teringat bini. So drive pulak balik KL. Tak sampai setengah jam drive mengantuk la pulak mamat nih. Tido jap tepi highway dlm setengah jam jugak. Then drive balik. Bawak kejap, ngantuk lagi. Then berenti lagi kat R&R. Last² celik mata matahari dah naik dah. Dah 10 pagi rupanya. Elok² tido kat hotel cun, last² tido tepi highway. Mmg mamat ni sukar di ramal betul.

Mungkin korang nak tahu apa motif kita orang pegi Penang nih. Hurmm.. aku pun tak tau apa motif. Tengah pikir jugak sampai sekarang nih. Mmg takde motif kot.


Posted by VIRTUALMETAL at
2:26 AM
 
 
   
Thursday, September 6, 2007
     

Balik Kampung

10 February 2006 jam 11 pagi sekali lagi aku interview kat Plaza IBM, kerja yang sama tapi ini cubaan kedua. Habis je test pagi tuh dia orang suruh tunggu sampai petang untuk interview. Aku blah macam tuh je sebab nak kena balik kampung hari nih. Jam 5.30 petang start drive balik ke KB dengan sepupu aku tapi jalan jam gila². Berhenti kejap dekat Ampang Park pastu sambung lagi drive. Last² sangkut kat Batu Caves sebab ada sambutan Thaipusam kat sana. Abis sampai atas highway tuh dia orang take over. Rasa macam nak tekan je minyak biar kemik yang mana ada atas jalan tuh. Sampai tengah malam kita orang masih lagi tak lepas Batu Caves. Mmg malam nih tak bleh lepas. Pusing pegi rumah Adi kat Sungai Buloh. Tido sana malam nih.

Pagi² buta kita orang bangun. Kali ni Adi pun nak balik kampung sekali ngan bini dia. Bini dia drive ngan adik dia. Adi pulak merempit ngan superbike CBR 600 warna kuning. Memang kena tinggal la ngan Adi time tuh. Hujan pulak lebat. Mamat ni pulak merempit. Fuhh mmg best dia bawak motor dalam hujan tuh. Lepas je Bukit Frazer aku tengok motor kuning tepi jalan. Rasa macam kenal. Sekali berhenti, tengok² si Adi ni dok tido mampos kat bus stop tepi jalan. Kunci masih lagi kat motor. Mmg kusyuk mamat ni tido sampai aku ambik gamba lubang idung dia jarak dekat pun tak sedar. Terketar-ketar mamat ni mandi hujan hari nih. 6.30 petang sampai kat umah. Lega rasa dapat balik. Malam tuh terus ajak member² keluar lepak. Best…14hb balik semula ke KL..


Posted by VIRTUALMETAL at
3:17 AM
 
 
   
Wednesday, September 5, 2007
     

Interbiu

6 February pepagi buta sebelum ayam bangun aku dah bersiap untuk keluar interview. Dari Pandan Indah aku jalan kaki ke stesen LRT yang sebatu jauhnya, turun kat Pudu Raya, Naik bas sampai Plaza IBM kat TTDI. Ada interview untuk keje customer service hari nih. Mula² test English, lepas tuh test math ngan typing test. Lepas tuh baru interview. Dengan muka mengantuk aku speaking London kali nih. Last² dia orang cakap cuba lagi…ciss. Petang tuh berkejar pulak aku ke KL balik. Kali ni interview untuk position IT kat Hotel Berjaya. Ramai gila yang dok beratur. Memang tak tumpah macam pasar malam. Penat aku tunggu last² kena reject jugak. Dia orang nak orang ada pengalaman. Pengalaman aku gaul simen dulu memang tak cukup lagi la kot. Malam tuh kat rumah aktiviti aku macam biasa, belek surat khabar untuk cari keje esok. Cuba lagi lah…

nota : sedar tak sedar dah genap 26 tahun aku hari nih. Tak penah aku sambut walau dengan kek pisang sekalipun. Tak rock kangkang la kalu sambut besday. hahaha

Posted by VIRTUALMETAL at
1:50 AM
 
 
   
Monday, September 3, 2007
     

Perabis Karen

2 February aku bangun tengah hari tuh bersiap untuk cari keje lagi. First trip aku ingat nak pegi Kelly Services lagi dekat Raja Chulan tuh. Dari KLCC ke sana jalan kaki. Nak tercabut kaki aku jalan kaki jauh gila. Ntah apahal aku rasa pelik sikit tengok KL hari nih. Sampai je kat sana pak guard tuh tak kasi aku naik. Lepas aku tanya baru dia cakap hari tuh cuti umum. Mana boleh naik atas. Hari Wilayah Persekutuan dia cakap. Celaka… sia² je peluh aku hari nih. Terus aku pusing jumpa kawan kat Lowyatt Plaza sambil menyumpah seranah on the way… damn…


Posted by VIRTUALMETAL at
12:37 AM
 
 
   
Sunday, September 2, 2007
     

Rumah Baru

Minggu pertama kat KL aku stay ngan kawan aku kat Pandan Indah. Tak sampai seminggu dok sini aku dah start cari rumah. Memula tengok pangsapuri dkt Bdr Tasik Selatan, RM 450 sebulan. Tapi rasa macam tak selamat je tempat nih. Hari kedua aku tengok rumah kat Bdr. Sri Permaisuri, Vista Amani Kondo nama dia. Owner dia chinese, Cun jugak tuan rumah aku nih. Nama Jes, umur dah 30, dah kawin tapi boleh tahan lagi aku tengok dia nih. Dia tanya aku keje apa, aku cakap aku ejen insurans je time tuh biarpun masih lagi tak tau nak keje apa kat sini tapi gaya cakap tuh memang dia ingat aku ni income beriban-riban kat KL nih walaupun speaking aku ngan dia time tuh lintang pukang macam penyu dok mengawan. Sewa rumah ni RM 800 tapi 4 bilik. Aku suka rumah nih. 500 meter je dengan Tasik Sri Permaisuri tempat Erra ngan Yusri kawin wedding of the year tuh tapi last² bercerai jugak. Swimming pool view pulak tuh. Dapat jugak aku merehatkan mata sekali-sekala. 3 hari lepas tuh dengan keje nya ntah kemana aku jumpa Jes dengan kawan aku utk sewa rumah tuh. Dengan bekal seribu aku bawak ni ntah cukup ke tak aku nak survive bulan nih. Deposit pun dah 2 bulan.Tengok je la nanti macam mana…

Lepas sign up rumah tuh, esok nya aku pegi mintak keje ngan call centre Streamyx, company VADS kat Plaza IBM, TTDI. Penat aku dressing dengan kemeja merah, slack hitam dan briefcase Mydin yang aku beli RM 14 tuh tapi dia orang cakap aku kena register dulu dengan Kelly Services kat Jln Raja Chulan. Berkejar pulak aku dari TTDI tuh pegi KL balik. Daftar dulu then interview sikit-sikit. Berterabur aku cakap London time tuh. Baru tahu aku ni gabra time speaking. Exam dulu bukan main lah scorenya. Bila praktik mmg terjun gaung lah.

Gambar² Area Rumah Aku

Posted by VIRTUALMETAL at
12:30 AM
 
 
   
Saturday, September 1, 2007
     

KL Aku Datang

14 Jan 2006 tarikh keramat aku jejak kaki kat KL. Dulu memang niat tak nak keluar dari Kelantan tapi dah lama sangat aku jadi penganggur berjaya dan cari keje yang baik pun tak dapat dapat. Tamat belajar September 2004, lepas tu aku keje sebagai buruh binaan selama 6 bulan. Tak sampai hati tengok ayah aku je yang keje sara keluarga. Lagipun memang aku minat dengan binaan nih. Perit keje ni tapi pengalaman macam ni susah nak dapat. Bila lagi nak merasa keje dalam hujan lebat tak pun tengah panas terik. Kalau bulan puasa tuh kul 10 pagi mmg dah out. Mesti nak pekena coke sejuk ngan kek Apollo. Puasa musafir aku hari2 time tuh. Memang saling tak tumpah macam bangla dah aku masa keje tuh. Lepas 6 bulan aku berhenti keje tuh, tak tahan dengan bos yang mulut manis hati busuk. Lepas tuh menganggur lagi dari March 2005 sampai January 2006. Sempat jugak la aku merasa rokok gulung tembakau dengan suratkhabar time tuh. Satu sen pun aku takde. Tambah pulak bakal makwe kena kebas kat lecturer aku . Ciss 2X8.

Macam-macam benda aku cuba apply tapi nak dapat lesen jual burger pun tak lepas. Last-last aku give up dan akhirnya aku datang jugak ke KL. Tuh pun berbekalkan duit elaun Skim Latihan Graduan. Masa praktikal aku dah ada kat KL. Praktikal temberang. Takpe janji duit elaun dapat untuk aku buat bekal. Berat hati jugak nak tinggal kan family, member², awek member² dan ayam itik kat kampung tuh. Tapi sampai bila aku nak jadi batman bangun tido kul 5-6 petang. Ada ke pakcik makcik nak buat aku jadi menantu nanti? Apa-apa hal pun Kuala Lumpur… aku singgah sebentar

Posted by VIRTUALMETAL at
12:01 AM