24 July 2006 jam 6 pagi aku dah bangun bersiap. Kiranya hari nih tarikh rasmi aku bergelar golongan rakyat jelata yang ada kerja. Aku bukan lagi kutu atau Mat Jenin Millenium. Dari rumah aku naik bas ke Stesen LRT Salak Selatan. 20 minit jugak lah aku tunggu LRT nih. Selang 5 minit satu LRT kalau waktu pagi tapi biasa lah time orang nak pegi keje nih memang selalu padat macam keretapi kat New Delhi. Nasib baik takde yg dok atas bumbung atau bergayut kat tingkap. Waktu pagi mmg waktu paling aku suka naik LRT nih. Bau-bau wangi semerbak awek² yang nak ke ofis nih mmg menyegarkan mata dan jiwa raga. Tak kira lah perfume beli di pasar malam sekali pun. Janji wangi. Dengan populasi yg ada dalam satu gerabak tuh kalau setakat tersentuh sana sini tuh biasalah. Aku ulangi sekali lagi “tersentuh” yang membawa maksud bukan dengan niat atau tidak sengaja walaupun sekali sekala mmg tersengaja. Dari stesen Salak Selatan aku turun pulak kat stesen Plaza Rakyat. Tak tau kenapa tempat ni macam separuh siap. Dari situ jalan kaki sikit ke Kotaraya. Tunggu pulak bas di bawah cahaya matahari pagi tanpa tempat berteduh. Dekat sejam jugak lah menunggu bas kat situ. Dari situ pulak ambik masa 40 minit lagi utk sampai ke Plaza VADS. Itu pun terlambat sikit. Perjalanan dengan bas tadi tak sama aromanya dengan LRT. Jauh beza bau ketiak dengan minyak wangi nih.
Hari pertama training ni macam biasa lah. Rilek² sesi perkenalan diri je. Aku dengan si Faris je orang Kelantan dalam 30 orang intake nih. Training kali nih ambik masa 3 minggu. Belajar mengenai produk, teknikal dan jugak skill menahan telinga dari maki hamun customer yang bengang dan bangang. Ramai jugak member baru aku kenal kali nih. Macam² kaum dan genetik. Macam² kursus dia orang nih. Mmg tak sangkut paut pun ada. Ada jugak yang penah jadi pramugara dulu. Habis training 5.30 petang tuh. Naik bas lagi ke Kotaraya balik. Naik lagi LRT pulang ke rumah. Aroma awek² kali tak sama macam pagi tadi. Mungkin minyak wangi pasar malam dia orang dah habis kuasa saktinya. Semua orang nampak letih. Ada yang tido menganga. Ada yang tido sambil bergayut dan nampak bulu ketiaknya. Suasana petang tak sehebat waktu pagi. Jam 8 malam baru aku sampai rumah. Fuhhh… penat sungguh. Kalaulah aku ada helikopter...

Nota : dari 30 orang budak² batch 50 sekarang nih tinggal 5 orang je.
Dari Album VADS
2 comments:
nak tanya ckit blh??kenapa 30 org yg g training streamyx tu just tinggal 5 prg je??diaorg quit sndiri or vads tu yg pecat diaorg?? blh x infom ckit psl keje ni kt email kita biscuit_8378@yahoo.com. sbb kita pn dp offer job ni..tp takutla klau vads tu akn terminate kita sesenang je..
kita nk tahu ok x keje ni..ada x diaorg potong gaji kita selain dr epf n socso??dgr citer kena byr uit headset kan??
sape pulak yg tak bernama ni. sebenarnya ada 6 lagi. silap kira. yang lelain tuh memecatkan diri sendiri. dapat better offer. sekarang ni pun ramai dok blah pegi Teletech. cecah jugak la 3 ribu gaji kat situ. sape takmo. keje ni ok kalau moral tinggi lah. lagi baik keje dari menganggur nih. gaji pun kira ok jugak lah dari keje mydin tuh. cecah jugak la 2k-2.7k. headset tuh deposit je rm 100. potong gaji. bila resign nanti dapat balik.
Post a Comment