Thursday, November 1, 2007
Lawak 1
When NASA first started sending up astronauts, they quickly discovered that ballpoint pens would not work in zero gravity. To combat the problem, NASA scientists spent a decade and $12 billion to develop a pen that writes in zero gravity, upside down, underwater, on almost any surface including glass and at temperatures ranging from below freezing to 300°C.
....The Russians used a pencil.
-------------------------------------------------------------------------------------
A Man and His Golf
A man and a friend are playing golf one day at their local golf course. One of the guys is about to chip onto the green when he sees a long funeral procession on the road next to the course. He stops in mid-swing, takes off his golf cap, closes his eyes, and bows down in prayer.
His friend says: “Wow, that is the most thoughtful and touching thing I have ever seen. You truly are a kind man.”
The man then replies: “Yeah, well we were married 35 years.”
Saturday, September 22, 2007
Training
Hari pertama training ni macam biasa lah. Rilek² sesi perkenalan diri je. Aku dengan si Faris je orang Kelantan dalam 30 orang intake nih. Training kali nih ambik masa 3 minggu. Belajar mengenai produk, teknikal dan jugak skill menahan telinga dari maki hamun customer yang bengang dan bangang. Ramai jugak member baru aku kenal kali nih. Macam² kaum dan genetik. Macam² kursus dia orang nih. Mmg tak sangkut paut pun ada. Ada jugak yang penah jadi pramugara dulu. Habis training 5.30 petang tuh. Naik bas lagi ke Kotaraya balik. Naik lagi LRT pulang ke rumah. Aroma awek² kali tak sama macam pagi tadi. Mungkin minyak wangi pasar malam dia orang dah habis kuasa saktinya. Semua orang nampak letih. Ada yang tido menganga. Ada yang tido sambil bergayut dan nampak bulu ketiaknya. Suasana petang tak sehebat waktu pagi. Jam 8 malam baru aku sampai rumah. Fuhhh… penat sungguh. Kalaulah aku ada helikopter...
Nota : dari 30 orang budak² batch 50 sekarang nih tinggal 5 orang je.
Dari Album VADS
Wednesday, September 19, 2007
Dapat Jugak Keje
17hb July 2006, Tahun lepas la nih. 2 petang tuh aku ada interview kat VADS, Streamyx Call Centre. Ini dah kali ke 3 aku interview kat syarikat nih. Ramai calon kali nih. 4.30 petang tuh interview tamat. Lebih kurang jam 5 petang Kelly Services call bagi tau aku dapat job offer tuh. Tak sempat aku nak perabis sebatang rokok dia orang dah call. At last, setelah hampir 6 bulan aku jadi penganggur berhemah kat KL nih baru aku dapat keje yg boleh masuk kategori keje. Sebelum ni dah berpuluh interview aku pegi. Tiap² bulan kurang² 30 keping resume aku hantar. Penah jugak aku mintak keje basuh pinggan dekat Hotel Concorde dulu. Jalan kaki dari KLCC ke
Monday, September 17, 2007
Anis
20 May 2006 pagi tuh aku tunggu komuter dekat stesen Bank Negara, on the way nak ke rumah Adi kat Sungai Buloh. Hari ni nak kena follow mamat ni teman dia layan lap kat litar Sepang. Masa tengah kusyuk menunggu
Dalam banyak kali jumpa tuh aku perasan jugak tahi lalat kat pipi dia nih kekadang jelas, kekadang tak berapa terang. Beg sekolah pulak kejap pakai yg katun Tweety, kejap beg hitam kosong. Pikir punya pikir, sampai bila aku nak jadi penunggu stesen bas nih, so aku tulis lah surat sekeping. Masa tuh email pun tak berapa femes lagi. Apa lagi handpon. Anak tokey balak je pakai time tuh. So satu hari tuh dengan bergetar kepala lututnya, gigi pun berpeluh, aku kuatkan jugak semangat bagi surat tuh kat dia nih. Takde la bagi kat tangan. Letak dekat beg sekolah dia pastu langkah seribu lah. Pepagi esoknya dia call aku, umpan dah mengena time tuh. aku ajak jumpa esok nya dekat bank BSN Kota Bharu. Tunggu punya tunggu datang lah dia dari arah belakang bank tuh. Aku dah senyum lebar. Tertengok pulak jalan belah kiri bank ada lagi sorang datang. Aku dah kompius, muka sama, tinggi sama, kulit pun lebih kurang. Yang mana satu dia? Atau adakah aku dah mabuk French fries yg aku telan kat McDolah tadi? At last dapat jugak aku cam, tu pun sebab dia tegur aku dulu. Anis nama dia. sorang lagi tuh kakak dia Amni. Bukan kembar, tapi beza setahun je. Baru tahu dalam masa aku dok tunggu kat stesen bas tuh yg tahi lalat jelas ni kakak dia rupanya. Mana aku tahu. Kordinat tahi lalat tu pun sama lokasi dia. Muka dua orang ni mmg sejibik sama kecuali tahi lalat dengan bulu kening je. Nak disedapkan lagi cerita, budak mula² yg aku naik bas nombor 60A tu pun orang lain. Jadi lah 3 orang muka seiras. Aku pun dah pening dah.
Lepas hari tuh start la aku berdating dengan budak nih. Biasa la zaman jiwa-jiwa remaja dulu. Mat rock pun layan jiwang jugak beb. Kalau tak Mail XPDC pun meninggal. 7 kali je aku sempat dating ngan dia nih. Lepas tuh aku kena cerai. Hukhukhuk. Tak sampai 6 bulan. Dari tahun 1999 sampai sekarang aku masih lagi teringat kat dia nih. Setahun sekali aku hantar birthday kad dengan kad raya. Nak call mmg dah tak berani sampai lah. 2 tahun lepas baru aku start call sekali sekala. Kurang² dia tahu aku ingat lagi kat dia. Nasib badan la melepas. Sampai sekarang aku menduda.
Nota : Honda 954RR si Adi tuh tergolek kat Sepang hari tuh. Bleh tgk gambar kat bawah nih. Seminggu lepas tuh si mamat ni rembat pulak Honda 1000RR, pergghh dekat 90 riban harga.
Sepang |
Sunday, September 16, 2007
ERL Interview
Thursday, September 13, 2007
Interview Jugak
Tuesday, September 11, 2007
Dony Celaka
16 March 2006 1.30 tengah hari aku jumpa adik kawan aku Dony kat LRT Pudu. Mamat ni kantoi belajar kat
Lepas tuh baru aku tau member² dia pun ramai terkena. Skrip yg sama. Bukan takat member, bapak dia pun kena kencing sekali. Abis kredit kad kena bedal. Kawan dia kat indon nuh yang elok² nak beli motor pun bleh bagi duit kat mamat nih. Mmg ada bakat terpendam si celaka nih. 2-3 bulan lepas tuh aku pegi KFC kat Ampang Point ngan kawan aku. Time tengah beratur tuh nampak si Dony ni kat kaunter tuh. Keje KFC rupanya mamat nih. Bila sampai turn aku dah bleh tengok macam mana gelabah nya dia ambik order aku. Aku order snack plate then mintak duit aku balik time tuh jugak. So dia bagi aku belen lebih RM 50. Tak tau la dia bayar balik ke tak duit kat kaunter tuh. Lantak ah. Ingat nak call member datang pulun mamat nih sikit. Bapak dia pun dah bagi green light kalau aku nak belasah anak dia nih. Pikir punya pikir, biar je lah. Lain kali ada rezeki aku dapat jugak aku bagi penyiku nanti.
Monday, September 10, 2007
Interview Lagi
10hb March 2006 10.30 pagi aku ada interview kat Wisma Cosway, Jln Raja Chulan. Agensi pekerjaan la kononnya.Masa melangkah masuk tuh aku tgk ofis pun macam² bleh pindah time tuh jugak. Awek yg interview aku kali nih.Yang aku pelik dia tak tanya pulak apa skill aku. Dok asyik tanya biodata je. Last² cakap kena bayar RM 150 bila dah confirm dpt keje. Dekat tengah hari aku jln kaki pulak ke Wisma Central dekat KLCC. Interview lagi kat
2 hari lepas tuh dua-dua company call aku cakap ada keje admin kat company construction dekat area KLCC. So nak mintak aku bayar kalau aku nak keje tuh. Mmg dpt rasa macam nak kena kencing je aku nih. Tapi biasa la aku ni jenis tak
Saturday, September 8, 2007
KL to Penang
Petang tuh kita orang check in kat Grand Continental. Ambik satu bilik je. Lepas order makan receptionist call kat bilik mintak turun bayar lagi RM 14 sebab duit deposit tak cukup. Bilik dah beratus hinggit, RM 14 pun nak berkira. Makan tadi pun dah 60 hinggit. Mau tak mengamuk member. Penat² datang nak kena turun. So kita orang turun bawah, bayar semua, siap lebih lagi dekat seratus hinggit duit tip then blah pegi cari hotel lain sambil menyumpah seranah. Tak sampai 2 jam dok situ. Memang bengang ngan servis cibai macam nih. Kita orang check in pulak kat Grand Paradise. Servis OK, bilik pun cun. Malam tuh keluar jap jumpa geng2 motor then balik hotel. 12 malam tuh si Adi ni pulak teringat kat bini. Tak sampai 24 jam keluar dah teringat bini. So drive pulak balik KL. Tak sampai setengah jam drive mengantuk la pulak mamat nih. Tido jap tepi highway dlm setengah jam jugak. Then drive balik. Bawak kejap, ngantuk lagi. Then berenti lagi kat R&R. Last² celik mata matahari dah naik dah. Dah 10 pagi rupanya. Elok² tido kat hotel cun, last² tido tepi highway. Mmg mamat ni sukar di ramal betul.
Mungkin korang nak tahu apa motif kita orang pegi Penang nih. Hurmm.. aku pun tak tau apa motif. Tengah pikir jugak sampai sekarang nih. Mmg takde motif kot.
Thursday, September 6, 2007
Balik Kampung
Pagi² buta kita orang bangun. Kali ni Adi pun nak balik kampung sekali ngan bini dia. Bini dia drive ngan adik dia. Adi pulak merempit ngan superbike CBR 600 warna kuning. Memang kena tinggal la ngan Adi time tuh. Hujan pulak lebat. Mamat ni pulak merempit. Fuhh mmg best dia bawak motor dalam hujan tuh. Lepas je Bukit Frazer aku tengok motor kuning tepi jalan. Rasa macam kenal. Sekali berhenti, tengok² si Adi ni dok tido mampos kat bus stop tepi jalan. Kunci masih lagi kat motor. Mmg kusyuk mamat ni tido sampai aku ambik gamba lubang idung dia jarak dekat pun tak sedar. Terketar-ketar mamat ni mandi hujan hari nih. 6.30 petang sampai kat umah. Lega rasa dapat balik. Malam tuh terus ajak member² keluar lepak. Best…14hb balik semula ke KL..
Wednesday, September 5, 2007
Interbiu
nota : sedar tak sedar dah genap 26 tahun aku hari nih. Tak penah aku sambut walau dengan kek pisang sekalipun. Tak rock kangkang la kalu sambut besday. hahaha
Monday, September 3, 2007
Perabis Karen
2 February aku bangun tengah hari tuh bersiap untuk cari keje lagi. First trip aku ingat nak pegi Kelly Services lagi dekat Raja Chulan tuh. Dari KLCC ke
Sunday, September 2, 2007
Rumah Baru
Lepas sign up rumah tuh, esok nya aku pegi mintak keje ngan call centre Streamyx, company VADS kat Plaza IBM, TTDI. Penat aku dressing dengan kemeja merah, slack hitam dan briefcase Mydin yang aku beli RM 14 tuh tapi dia orang cakap aku kena register dulu dengan Kelly Services kat Jln Raja Chulan. Berkejar pulak aku dari TTDI tuh pegi KL balik. Daftar dulu then interview sikit-sikit. Berterabur aku cakap London time tuh. Baru tahu aku ni gabra time speaking. Exam dulu bukan main lah scorenya. Bila praktik mmg terjun gaung lah.
Gambar² Area Rumah Aku |
Saturday, September 1, 2007
KL Aku Datang
Macam-macam benda aku cuba apply tapi nak dapat lesen jual burger pun tak lepas. Last-last aku give up dan akhirnya aku datang jugak ke KL. Tuh pun berbekalkan duit elaun Skim Latihan Graduan. Masa praktikal aku dah ada kat KL. Praktikal temberang. Takpe janji duit elaun dapat untuk aku buat bekal. Berat hati jugak nak tinggal kan family, member², awek member² dan ayam itik kat kampung tuh. Tapi sampai bila aku nak jadi batman bangun tido kul 5-6 petang. Ada ke pakcik makcik nak buat aku jadi menantu nanti? Apa-apa hal pun Kuala Lumpur… aku singgah sebentar